Thursday, December 23, 2010

4 Madu [2010] MKV & RMVB Mediafire


Sinopsis:Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?

Pelakon:Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Almy Nadia, Ayu Raudhah, Rosnah Mat Aris, Marsha dan Bienda.

Muaturun

MKV (478MB)

Mediafire
part 1- http://www.mediafire.com/?yot3t75u3cjxwt6
part 2- http://www.mediafire.com/?ce564k530x3ccn0
part 3- http://www.mediafire.com/?fqcc67zhmuhxj8a

RMVB

Mediafire
part 1- http://www.mediafire.com/?7bfam2c2c7bfs25
part 2- http://www.mediafire.com/?63zwr4jij0bojtd
part 3- http://www.mediafire.com/?f0uu5buduhgg2xq

Credit to http://malayent.blogspot.com/

Friday, December 3, 2010

KONSEP PROTON TUAH, JEBAT, KASTURI, LEKIU DAN LEKIR

Dalam Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 yang dianjurkan baru-baru ini, pihak proton telah mencipta konsep terbaru bagi produk keluaran mereka. Antaranya yang menarik adalah konsep baru yang akan menggunakan nama lima pahlawan terulung Melaka, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir.


1. TUAH
- Tuah lebih digarapkan dengan design dari proton Persona.



2. JEBAT
- Lebih kepada keluaran Proton sebelum ini, Proton Inspira. Dan juga akan lebih sama dengan Lancer Evolution.



3. KASTURI
- Facelifted saga baru. Dikemaskan lagi dengan pelbagai ciri luaran dan dalaman. Didatangkan dengan tema hitam putih.







4. LEKIU
- Menggarapkan ciri-ciri Exora. Dihasilkan bersama kejuruteraan Proton dan Lotus.



5. LEKIR
- Keluaran yang mungkin akan mampu menarik minat pelbagai untuk memilikinya. Membawakan ciri-ciri mewah dan bergaya. Difahamkan, Lekir akan dimampatkan dengan Engine Turbocharged Campro.



Wednesday, November 10, 2010

Duit masuk lagi...

Salam...

Beberapa hari yang lalu aku ada post pasal buat duit dalam satu program buat duit dengan mudah. Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku dapat duit lagi dari program yang boleh dipercayai .

Kat bawah nie bukti payment yang aku dapat melalui paypal:

Nama program ni OnBux. Tiap-tiap hari dia akan bagi 4 iklan untuk diklik dengan nilai 0.01 usd per iklan jadi 1 hari dapat 0.04usd dalam tempoh 50 hari dapat 2usd. Korang leh cashout 2usd terus ke akaun paypal, kalau korang nak cepat castout rent dulu. Apa 2 rent? kalau nak cite benda ni panjang lak. Korang cek sendirilah dengan klik banner kat bawah ni, selamat mencuba!


Monday, November 8, 2010

Renungan : 4 golongan lelaki ke neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan........

Source : IslamicGlory

P/s: Kebanyakkan Manusia hari ini leka dengan arus dunia, lalai dengan tanggungjawab dan lupa akan destinasi terakhir kita. Ingat! ini tanggungjawab kita yang akan dipersoalkan kelak.

Thursday, November 4, 2010

Buat duit : My first income from...?

Salam...
Dah ramai dah orang berjaya buat duit dengan internet. Hari ini aku nak kongsi satu cara buat duit .Mesti korang semua nak tau kan!

Sebenarnya dah ramai yang sudah buat duit dengan program yang aku sertai ni, cuma aku rasa teruja sebab program buat duit ni betul 2 boleh dipercayai. Program ini tidak menjanjikan kita menjadi kaya tapi sekadar untuk pendapatan sampingan. Aku join benda ni hampir 2 bulan. Aku dapat payment pertama melalui paypal 2 hari yang lepas. Kat bawah ni bukti payment yang aku terima:

Hahaha sekarang korang dah tau kan. Neobux memang ptc yang membayar ahlinya. Setakat nie dapat $2.03 usd. Kalau korang join benda nie klik banner kat bawah nie:

Friday, October 29, 2010

Senario Asam Garam (2010) DVDRip AVI Mediafire



Sinopsis
Senario Asam Garam mengisahkan persaingan di antara Pak Adam (Azlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka. Pak Adam mempunyai perwatakan yang baik dan menjalankan perniagaan mereka secara jujur dan ikhlas. Manakala Asam pula sebaliknya yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan cuba mendapatkan apa yang dihajati secara paksaan.Pak Adam mempunyai pembantu iaitu Tam (Sathiya) yang mempunyai masalah mata kirinya tidak berfungsi. Manakala pembantu Asam bernama Garam (Lan Pet Pet) pula turut mempunyai masalah iaitu apabila dia bersin, dia akan bertukar karakter menjadi seorang yang baik dan akan menceritakan segala perkara yang baik dan juga keburukan Asam.

Genre
Comedy

Info
http://www.imdb.com/title/tt1712567/

Screenshots
click here to view

Download

RMVB(357mb)

Mediafire
PART 1
PART 2
PART 3

Saturday, October 9, 2010

Syurga Mu Ramadhan TV3 [complete]


Drama sempena Ramadhan 2010

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri… Itu kisah 16 tahun lalu…

Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya… Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya… Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu…

Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka. Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..

Language : Malay

Download Link:

Mediafire:

Episode 01 Episode 06 Episode 11
Episode 02 Episode 07 Episode 12
Episode 03 Episode 08 Episode 13
Episode 04 Episode 09 Episode 14 ~ END
Episode 05 Episode 10

Apa Itu Pertubuhan IFC (Bebas Beragama)


Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut :

  1. Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

  2. Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.

  3. Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

  4. Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN , JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

  5. Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

  6. Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

  4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad)sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

  7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

  10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut :

  1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.

  2. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

  3. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah :

  1. Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948

  2. Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)

  3. Konvensyen mengenai hak kanak-kanak

  4. Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama

  5. Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti

  6. Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

IFC berhak menentukan status agama seseorang.

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.

Sumber dari: www.ustaznoramin.com

P/s Janganlah kita bertolak ansur bila melibatkan perkara-perkara usul. IFC adalah salah satu cara musuh Islam nak jatuhkan Islam secara halus, ayuh marilah sama2 kita menentang penubuhan IFC ni!

Friday, October 1, 2010

Guru sudah jadi kerani

ESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.

FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.


Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.


Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.


Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.


"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.


"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.


"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.


Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.


Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.


Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.

"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.


"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.


"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.


Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.

"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.


"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.


Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.


Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.


"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.


"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.


"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.

Sumber Metro

Kesian guru-guru sekarang kerana semua nak yang terbaik dah buat kerja kerani lak! cikgu dulu2 rase2nye x camni tapi ramai yang dah berjaya.

Apa pendapat anda?

Saturday, September 25, 2010

Lagenda Budak Setan 2010 DVDrip




Sinopsis

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu.

Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut.

Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Genre : Drama / Romance

Language : Malay
Subtittle : English (hard-coded)

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo

Mediafire:

http://www.mediafire.com/?bwpbli45w1qdcd3
http://www.mediafire.com/?k12jr9mm46m640p

Friday, September 24, 2010

Carling Cup Round 3


Video: 640x368 | Audio: MPEG 3 128Kbps | Size: 485MB

Download link - Hotfile Part 1 | Hotfile Part 2

...................................................................................................................

Carling Cup - Chelsea v Newcastle R3 - BBC

Download Link - Hotfile | Mediafire

Carling Cup - Scunthorpe v Man Utd R3 - BBC
Download Link - Hotfile | Mediafire

Carling Cup - Liverpool v Northampton R3 - BBC
Download Link - Hotfile | Mediafire

Carling Cup - West Brom v Man City R3 - BBC
Download Link - Hotfile | Mediafire

Sky Sports Highlight Arsenal V Tottenham

Download Link - Mediafire

Sumber : www.theamh.com

Mantra DVDRip (2010) avi.


Sinopsis filem Mantra:

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Download [mediafire]:

Part1

Part2

Part3

Part4

Sumber: theamh

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut!!

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

Sumber : Kosmo!

* Mungkin ahli yang mengkaji benda nie akan takjub dengan kebenaran al-Quran.... Sesungguhnya tiada sesuatu pun dapat mengatasi kuasa Allah SWT.

Thursday, September 23, 2010

Apple iPhone 4 di Malaysia!

Akhirnya Apple iPhone 4 akan dilancarkan pada malam ni di The Gardens MidValley. Bagi peminat Apple iPhone 4, gadget ni boleh dibeli dari mana2 cawangan Maxis dan Digi. iPhone 4 kali ni akan ada 2 warna pilihan, putih dan hitam. Recommended retail price ialah RM2,690 untuk 32GB dan RM2,290 untuk 16GB. Kalau nak beli lagi murah, kenalah subscribe pada pelan panggilan dari Maxis dan Digi.

Apa yang best sgt tentang Apple iPhone 4 ni ialah ada upgrade pada features phone ni berbanding dgn iPhone 3GS. Antara upgrade yang paling obvious adalah:

1) iPhone 4 ni boleh buat video call
2) Ada HD video recording
3) Skrin resolution yg mantap (iPhone panggil benda ni sebagai retina display)
4) 5 megapixel kamera

Sebenarnya kat luar sana ada banyak lagi handphone touchscreen macam Samsung Omnia II, HTC Touch Pro 2, Blackberry Storm 2 tapi kebanyakannya adalah Windows based. Tapi apa yang best pasal iPhone ni sebab touchscreen dia sangat responsive. Dia takkan tersangkut2 bila kita navigate pakai jari. Sebab tu ramai yg tak suka touchscreen phone kalau x responsive sebab susah nak navigate.

Kalau mengikut website Maxis , iPhone 4 ni boleh mula dibeli pada 26 September 2010 di cawangan Maxis Centre KLCC, Pavillion, The Gardens, TTDI dan Sunway Pyramid. Cawangan lain akan mula jual iPhone 4 pada 27 September.

Bagi yang berminat nak beli, boleh subscribe mana-mana pelan panggilan postpaid Maxis selama 1 atau 2 tahun. Pelan termurah start dari RM100 sebulan dan harga iPhone 4 32GB ialah RM1,990 (kontrak 1 tahun) dan iPhone 16GB ialah RM1,690 (kontrak 2 tahun). Biasanya bila dah subscribe ni, harga iPhone ni akan jadi murah skit. Untuk complete price info, boleh refer gambar kat bawah (Sumber: Maxis)

Selain Maxis, Digi pon ada pakej untuk iPhone 4 ni. Tapi macam biasalah, kalau nak murah skit kenalah subscribe pelan panggilan Digi.

Untuk harga, boleh refer jadual kat bawah (Sumber: Digi)

Rasa-rasa macam dah tertarik sbb iPhone ni ada semua features yang dicari selama ni. Kalau dia boleh install Garmin Mobile XT lagilah cantek. Cuma rasanya iPhone ni tak boleh nak install Garmin Mobile GPS. Kalau tak mmg dah complete sbb map Garmin ni agak detail untuk Malaysia.

Sumber: www.klurbanite.com

Epilog Syurga Cinta SDTV [mediafire]

Sinopsis:

Drama Epilog Syurga Cinta memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci. Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Shuhada.

Sikap liar Irham ditambah dengan hubungannya bersama Xeera, model terkenal menyebabkan ayahnya, Tan Sri Zakaria runsing memandangkan wartawan tak habis-habis mengorek berita hangat sehingga membabitkan nama baiknya. Ibu Irham, Puan Sri Mahani juga menentang hubungan Irham dan Xeera memandangkan dia sendiri mempunyai rancangan tersendiri untuk mengahwinkan Irham dengan anak perempuan Datin Linda, kawan baiknya yang dilihat lebih setaraf dan berstatus.

Drama Epilog Syurga Cinta ini adalah hasil adaptasi dari filem Syurga Cinta yang dahulunya pernah dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq.

Download:

Episode 01 Episode 11 Episode 21
Episode 02 Episode 12 Episode 22
Episode 03 Episode 13 Episode 23
Episode 04 Episode 14 Episode 24
Episode 05 Episode 15 Episode 25


Episode 06 Episode 16 Episode 26
Episode 07 Episode 17 Episode 27
Episode 08 Episode 18 Episode 28 ~ END
Episode 09 Episode 19
Episode 10 Episode 20

OST Epilog Syurga Cinta

Monday, September 6, 2010

Televisyen Menghakis Kesucian 1 Syawal

Sempena menjelang adilfitri, marilah kita merenung artikel ini:

Setiap tahun Aidilfitri datang dan pergi sebagai kurnia dan anugerah Allah kepada hambanya untuk meraikan kemenangan dalam menghadapi dugaan setelah menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Maka saban tahun umat Islam bergembira merayakan Aidilfitri dengan mengamalkan tradisi balik ke kampung untuk menemui ayah bonda serta sanak saudara. Tidak kurang juga ada yang kunjung-mengunjung ke rumah jiran-jiran yang berdekatan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan jalinan persaudaraan sesama mereka.

Namun dalam kemeriahan kita menyambut hari lebaran, kita sering kali dibudayakan dengan cara sambutan yang tidak wajar dan dilihat bertentangan dengan amalan sebenar dalam menyambut kedatangan 1 Syawal. Setiap tahun apabila menjelangnya Aidilfitri, pelbagai program dan pengisian yang berbentuk hiburan melampau disajikan oleh televisyen. Ia seolah-seolah tidak ubah seperti persaingan antara syaikat-syarikat media untuk mendapat tempat di hati masyarakat Islam di Malaysia dan bukan lagi dianggap sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat. Akibatnya, pelbagai bentuk rancangan yang tidak wajar dipertontonkan menerusi televisyen bagi mengisi kekosongan Aidilfitri. Lantaran itu, hari mulia 1 Syawal telah dicemari dengan pelbagai bentuk hiburan melampau yang bertentangan dengan norma-norma serta nilai-nilai hidup bangsa dan agama kita.

Ia secara tidak langsung akan mengubah persepsi generasi muda yang tersalah faham dengan meletakkan televisyen sebagai teras utama dalam menyambut Aidilfitri. Sebagai contoh kebanyakan dari kita terlalu leka dengan sajian hiburan yang melampau sedangkan tanggungjawab sebenar dalam melakukan perkara-perkara yang dituntut seperti amalan ziarah, bertegur sapa, bermaaf-maafan dan sebagainya diabaikan. Tidak kurang ada yang sanggup menghabiskan sepanjang hari dengan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem yang diuar-uarkan menarik sehingga melupakan amalan ziarah-menziarahi. Maka, dengan sajian-sajian sedemikian, akan menyebabkan terhakisnya nilai-nilai kemuliaan Aidilfitri sebenar yang dipraktikkan semenjak dahulu lagi sehingga menjadi amalan tradisi kita.

Seperti contoh, amalan ziarah sendiri yang bertujuan untuk saling mengenali antara satu sama lain dan mengerat hubungan silaturrahim gagal dicapai disebabkan masing-masing sibuk untuk menonton rancangan-rancangan televisyen yang menarik. Tujuan tetamu yang pada mulanya hadir untuk beramah mesra dan merapatkan hubungan yang terjalin dengan tuan rumah telah berubah sebaik saja rancangan yang menarik telah tersaji di rumah tuan rumah. Maka masing-masing mengalihkan perhatian dengan hanya memberikan tumpuan kepada apa yang disajikan televisyen. Tuan rumah pula tidak lagi mengutamakan adab-adab Islam dalam menghormati tetamu kerana tidak mahu ketinggalan untuk menonton setiap sajian yang menarik. Sedangkan menghormati dan memuliakan tetamu adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam. Nabi pernah bersabda: “Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tetamunya”. Di samping itu, nilai komunikasi sesama kita dalam bentuk beramah mesra, bertegur-sapa, saling bermaafan juga telah dibataskan.

Aidilfitri sebenarnya perlu diisi dengan laungan takbir dengan memuji kebesaran Allah dan tasbih sebagai tanda meraikan kemengan kita dalam menyempurnakan ibadat Ramadan. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda : “Hiasilah hari raya kamu dengan takbir, tahlil, tahmid, dan taqdis”. Dalam masa yang sama, Aidilfitri juga menitik beratkan dua perkara asas iaitu pertalian ukhuwah sesama Muslim dan juga “tazkiyatun nafsi” atau pembersihan jiwa yang dibina menerusi madrasah Ramadan selama sebulan. Maka disini jelas, sekiranya Aidilfitri itu sendiri diisi dengan pelbagai bentuk kemungkaran, kemaksiatan, dan hiburan yang melampau, ia sememangnya bercanggah dengan tujuan dan cara sebenar dalam meraikannya.

Dalam pada itu, nilai spiritual atau kerohanian yang dibina melalui kejayaan Ramadan juga terhakis. Madrasah Ramadan yang dianjurkan agama khusus untuk melahirkan insan yang bertaqwa sukar direalisasikan ekoran pelbagai kemungkaran dan hiburan yang bertentangan dengan adat dan agama direncanakan menerusi televisyen. Mufti Perak Dato Seri Dr Harussani Zakaria yang pernah menyatakan bahawa sekiranya Aidilfitri disambut dengan method dan pengisian hiburan yang keterlaluan hukumnya adalah haram. Apabila jatuhnya hukum haram, maka sambutan Aidilfitri tidak lagi dianggap sebagai ibadah tetapi hanya adat tradisi yang bercanggah dengan agama.

Maka Aidilfitri pada hakikatnya harus disambut dengan melaksanakan ibadah-ibadah lain yang dituntut oleh Islam berserta dengan semangat iltizam untuk melakukan perubahan diri dan bukan hanya sekadar diisi dengan pelbagai bentuk hiburan keterlaluan yang melalaikan semata-mata. Kita seharusnya mengkaji semula adakah cara kita menyambut Aidilfitri ini boleh dianggap sebagai suatu yang diredhai Allah atau hanya sekadar mengundang kemurkaanNYA.


Sumber dari :http://www.pkpim.net/

Tuesday, August 24, 2010

Kemulian Lailatul Qadar


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al-Qadr: 1-5)

Malam itu dinamakan Lailatul Qadar karena keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta ‘ala. Juga, karena pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Ad-Dukhaan: 4). Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur’anul Karim: “Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?” Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya: “Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan.”

Beribadah di malam itu dengan ketaatan, shalat, tilawah, dzikir, doa dsb sama dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu lain. Seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan. Lalu Allah memberitahukan keutamaannya yang lain, juga berkahnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril ‘alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan maupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah. Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya: “Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar” (QS. Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada kejelekan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat -termasuk malaikat Jibril mengucapkan salam kepada orang-orang beriman. Dalam satu hadits shahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda: “Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadits Muttafaq ‘Alaih)

Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.

Adapun qiyamul lail di dalamnya yaitu menghidupkan malam tersebut dengan shalat tarawih, shalat tahajjud, membaca Al-Qur’anul Karim, dzikir, doa, istighfar dan taubat kepada Allah Ta ‘ala. Beberapa pelajaran dari surat Al-Qadr:

1. Keutamaan Al-Qur’anul Karim serta ketinggian nilainya, dan bahwa ia diturunkan pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan).

2. Keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar, dan bahwa ia menyamai seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar di dalamnya.

3. Anjuran untuk mengisi kesempatan-kesempatan baik seperti malam yang mulia ini dengan berbagai amal shalih.

Sumber dari http://www.dakwatuna.com/

Apa yang kita tunggu lagi rebut lah peluang yang ada sekarang. Kita tidak sama ada berjumpa lagi dengan malam Qadar?. Kalau rasa malas nak melakukan ibadat cuba bayangkan Ramadhan ini adalah yang terakhir dan selepas ini bertemu dengan Allah. Betapa rugi orang yang tidak mengisi malam qadar amalan2 mendekatkan diri kepada Allah. Ingatlah orang yang bijak adalah orang yang memikirkan dan merancang masa hadapannya ( akhirat).

Friday, August 13, 2010

Update income youthsay


Salam...
Youthsay sudah berwajah baru tengok gambar kat atas 2, sebelum ni aku ada post pasal bendanie korang leh search la kat blog aku nie. Ok Hari ni aku nak tunjuk income aku dari youthsay tengok kat bawah nie:

apa macam tak sampai sebulan dapat rm50, aku baru je transfer bank online. kalau nak ber lagi invite kawan youthsay cakap "For every friend you invite, you will get RM0.20 and 5% of their earnings from paid surveys." lumayan kan kalau dapat member yang aktif goyang kaki je. nak join klik Disini

Ramadhan: Peluang untuk Mendidik diri kerah kebaikkan

Salam...
Perginya sya'ban datangnya Ramadhan....
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanikan oleh orang islam yang hendak mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Ada juga jenis manusia bila datang Ramadhan mulalah rasa x sedap, kena berlapar, xleh buat kerja banyak dsb. Orang2 camni sebenarnya dia x paham inti pati Ramadhan.

Ramadhan datang dengan pelbagai tawaran yang istimewa daripada Allah SWT. 10 pertama Allah akan memberi rahmat, 10 yang ke-2 maghfirah- keampunan dan 10 yang terakhir itqun mi nannar - bebas dari api neraka, pastu ada malam Qadar lagi yang bersamaan 1000bulan. Kalau kite paham, mesti berlumba2 merebut peluang niekan. Senariao sekarang ramai orang x paham dan sengaja buat2 x paham dengan bulan Ramadhan ni. Ada orang berpuasa tapi x solat camne ni!, ada juga yang puasa tapi x tutup aurat, dedah sana sini pastu pakai ketat pulak, ada orang puasa perut sahaja, aktiviti lain mengumpat, mengata, mencuri, tengok aurat orang lain dsb tetap berjalan. Macam2 lagi ragam manusia yang berpuasa. Orang yang macamni orang kurang bijak. takpikir dosa pahala!

Sepatutnya, kite mesti memberi peluang kepada diri kite untk berubah! Dalam bulan Ramadhan ni lah yang paling sesuai untuk melakukan perubahan. Kalau 12 jam leh tahan hisap rokok kenapa selepas 2 xleh nak tahan! kalau 12 jam leh tahan makan nasi kenapa nak solat nak solat 5 minit pun xleh! Korang leh pikir sendirilah. Manusia telah diberi akal jadi gunalah akal 2 untuk perkara sepatutnya. Kite x tau bile kite mati dan sempat ke nak berjumpe dengan Ramadhan yang akan datang, Jadi! Fikir-fikirkan lah...



Saturday, July 31, 2010

Readbud : Buat duit Online cara mudah!

readbud - get paid to read and rate articles

Salam....
Kali aku nak kongsi la dengan cara mudah buat duit online. Sambil buat duit, kita boleh tambah pengetahuan dengan program ni

Caranya mudah sahaja, kamu sign up dengan Readbud, kemudian pilih kategori artikel yang kamu minat. Maksimum jumlah kategori yang kamu boleh pilih ialah 50 kategori, dan ianya boleh diubah-ubah dalam tempoh setiap 24 jam.

Setiap artikel yang kamu baca, kamu kena bagi rating selepas baca. Paling kurang pun kamu boleh dapat USD1 sehari hanya dengan baca artikel di Readbud. Tapi aku pasti, hampir majoritinya “baca” dan rating terus. Hehehe.. Tapi kalau baca pun kamu tak rugi.

Readbud akan bayar kamu dengan dua cara. Iaitu wire transfer ataupun PayPal. Aku pilih PayPal sebab senang dan minimum payoutnya ialah USD50. Jadi, katalah minimum sehari kamu dapat “baca” dan buat USD1, maka dalam 50 hari kamu boleh dapat minimum USD50. Sambil-sambil minum kopi pun boleh buat duit dengan Readbud ini. Kalau tak ada akaun PayPal, buka satu di PayPal ni.

Ok, Kat bawah aku punya income, ni pun buat sambil2 je


Kalau nak cepat cashout kamu ajak sapa2 je join. Readbud ada program Affiliate. Setiap kali ada yang join kamu diberi $5 maknanya kalu dapat 10 orang kamu leh cashout, cara paling senang kamu promote saja kat facebook atau blog kamu, mudah bukan!

Jangan tunggu lagi jom buat duit cara senang ni! nak join klik banner kat bawah ni:

readbud - get paid to read and rate articles

Cara Meningkatkan Nilai Adsense

Google Adsense Salah satu cara terhebat untuk menjana Pendapatan Online secara Percuma.

Kali ini saya nak kongsi bagaimana cara kita boleh mengelakkan daripada iklan murah digoogle adsense kita dipaparkan. Caranya cukup mudah sekali, anda hanya perlu filter web yang bernilai murah.

Untuk memudahkan anda, saya senaraikan disini web yang nilainya murah. Anda perlu lakukan sebegini :

Login ke akaun adsense anda dan kemudian pergi ke -->> Adsense setup -->> Competitive Ad Filter -->> dan masukkan senarai web ini didalam box yang ada.

5-top-sites.com
7-topsites.com
8-topwebsites.com
9topsites.com
adristica.net
allthebrands.com
anrdoezrs.net
arcaderockstar.com
asiadragontrading.com
aworldofinformation.com
best-price.com
best3websites.com
best4sites.net
best4solutions.com
duitorangmalas.com
mudah.com.my
www.google.com/chrome

akhir sekali, anda save. Selepas ini iklan-iklan daripada web berkenaan tidak akan muncul lagi pada adsense anda.


Selamat mencuba!

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Sya'ban : Banyakkan Amalan Sunnat!

[sekadar hiasan]

Salam.. Cepat betul masa berlalu .Malam ni malam nisfu sya'ban maknanya lagi 2 minggu kite berpuasa!. Perginya Rejab datangnya Sya'ban nantinya Ramadhan...

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.



Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.



ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.



Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)


Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)


Sumber dari Jakim

Thursday, July 22, 2010

Khasiat buah pisang!




Salam.... Bismillah walhamdulillah. Kali aku nak kongsi bekenaan khasiat pisang.

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :

SEMBELIT

Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH

Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG

‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN

Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL

Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG

PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Sumber: http://www.jomlayan.com/mybb/khasiat-pisang-t-8705.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...