Saturday, July 31, 2010

Readbud : Buat duit Online cara mudah!

readbud - get paid to read and rate articles

Salam....
Kali aku nak kongsi la dengan cara mudah buat duit online. Sambil buat duit, kita boleh tambah pengetahuan dengan program ni

Caranya mudah sahaja, kamu sign up dengan Readbud, kemudian pilih kategori artikel yang kamu minat. Maksimum jumlah kategori yang kamu boleh pilih ialah 50 kategori, dan ianya boleh diubah-ubah dalam tempoh setiap 24 jam.

Setiap artikel yang kamu baca, kamu kena bagi rating selepas baca. Paling kurang pun kamu boleh dapat USD1 sehari hanya dengan baca artikel di Readbud. Tapi aku pasti, hampir majoritinya “baca” dan rating terus. Hehehe.. Tapi kalau baca pun kamu tak rugi.

Readbud akan bayar kamu dengan dua cara. Iaitu wire transfer ataupun PayPal. Aku pilih PayPal sebab senang dan minimum payoutnya ialah USD50. Jadi, katalah minimum sehari kamu dapat “baca” dan buat USD1, maka dalam 50 hari kamu boleh dapat minimum USD50. Sambil-sambil minum kopi pun boleh buat duit dengan Readbud ini. Kalau tak ada akaun PayPal, buka satu di PayPal ni.

Ok, Kat bawah aku punya income, ni pun buat sambil2 je


Kalau nak cepat cashout kamu ajak sapa2 je join. Readbud ada program Affiliate. Setiap kali ada yang join kamu diberi $5 maknanya kalu dapat 10 orang kamu leh cashout, cara paling senang kamu promote saja kat facebook atau blog kamu, mudah bukan!

Jangan tunggu lagi jom buat duit cara senang ni! nak join klik banner kat bawah ni:

readbud - get paid to read and rate articles

Cara Meningkatkan Nilai Adsense

Google Adsense Salah satu cara terhebat untuk menjana Pendapatan Online secara Percuma.

Kali ini saya nak kongsi bagaimana cara kita boleh mengelakkan daripada iklan murah digoogle adsense kita dipaparkan. Caranya cukup mudah sekali, anda hanya perlu filter web yang bernilai murah.

Untuk memudahkan anda, saya senaraikan disini web yang nilainya murah. Anda perlu lakukan sebegini :

Login ke akaun adsense anda dan kemudian pergi ke -->> Adsense setup -->> Competitive Ad Filter -->> dan masukkan senarai web ini didalam box yang ada.

5-top-sites.com
7-topsites.com
8-topwebsites.com
9topsites.com
adristica.net
allthebrands.com
anrdoezrs.net
arcaderockstar.com
asiadragontrading.com
aworldofinformation.com
best-price.com
best3websites.com
best4sites.net
best4solutions.com
duitorangmalas.com
mudah.com.my
www.google.com/chrome

akhir sekali, anda save. Selepas ini iklan-iklan daripada web berkenaan tidak akan muncul lagi pada adsense anda.


Selamat mencuba!

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Sya'ban : Banyakkan Amalan Sunnat!

[sekadar hiasan]

Salam.. Cepat betul masa berlalu .Malam ni malam nisfu sya'ban maknanya lagi 2 minggu kite berpuasa!. Perginya Rejab datangnya Sya'ban nantinya Ramadhan...

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.



Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.



ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.



Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)


Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)


Sumber dari Jakim

Thursday, July 22, 2010

Khasiat buah pisang!




Salam.... Bismillah walhamdulillah. Kali aku nak kongsi bekenaan khasiat pisang.

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :

SEMBELIT

Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH

Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG

‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN

Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL

Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG

PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Sumber: http://www.jomlayan.com/mybb/khasiat-pisang-t-8705.html

Wednesday, July 21, 2010

Sembunyikan Shoutbox!


Sekarang dah jadi trend pulak nak sembunyikan shoutbox kat blog masing-masing. Dulu aku ada ternampak kat satu blog. Tapi aku dah lupa kat mana. Time tu macam tak menarik je tengok. Tapi bila ramai yang dah pakai. Baru nampak cambest bila ada shoutbox yang tersembunyi ni.

Macam unik sangat bila ada shoutbox yang tersembunyi ni. Kalau nak lagi unik, korang sembunyikan lah sekali semua benda kat sidebar blog korang. Termasuklah nuffnang, advertlets dan innity korang. haha. Bergurau~

Tutorial ni boleh guna di blogspot dan wordpress. Jangan risau, senang je. Hanya copy paste je code kat bawah ni. Kalau pandai edit, edit lah apa yang patut. Rasanya tak edit pun dah cukup cun.

Dapatkan code di sini.

*Jangan lupa masukkan code shoutmix atau chatbox korang sekali. Kalau tak masukkan, macam mana nak ada kotak menjerit tu kat blog. hehe.

  • Cara nak letak di blogspot :

Login dashboard blogger.com korang > layout > page elements >add a gadget (ruang sidebar)> pilih html > copy paste code kat atas >save

  • Cara nak letak di wordpress :

Login dashboard > pilih widget kat sidebar > drag text kat sidebar > copy paste code kat atas > save

*Title biarkan je kosong. Tak payah isi apa-apa.

  • Editing
  1. Tukar warna tab

Kalau nak tukar warna tab perkataan shoutbox boleh amik url colour kat link di bawah ni. Aku dah tolong hostkan sekali. Original colour adalah warna hijau.

Nak lagi pilihan warna tab shoutbox, dapatkan di sini.

Caranya :

Cari perkataan background :url > Tukar url original colour dengan url colour yang korang nak.

2. Tukar ketinggian

Cari perkataan top, dan tukar kepada ketinggian yang korang nak. Contoh 10px, 20px,30 px…

3. Tukar saiz

Tinggi : tukar nilai dekat height. Contoh 10px, 20px,30 px…

Lebar : tukar nilai dekat width. Contoh 10px, 20px,30 px…

P/s : Kalau nak tukar warna lain guna photoshop pun boleh. Senang aje. Akan datang lah buat tutorialnya. Dah cukup panjang dah ni. huhu. Selamat mencuba~

Credit : anarm, pisyek,

Tip ini dipetik dari aizuddin.com


Saturday, July 17, 2010

Oh! Belog: Sudah Do follow


Sekarang Oh! Belog sekarang sudah dofollow nati korang boleh tinggalkan komen di belog ni pastu korang akan dapat backlink. Camne nak wat dofollow korang leh rujuk kat kat sini
Penting kita wat blog dofollow kerana setahu aku ia boleh meningkatkan traffic belog korang. Selamat mencuba!

Jangan lupa ya tinggal komen!

Monday, July 12, 2010

Submit website anda ke enjin carian

[Gambar dari pakcik google]

Salam....

Kalau anda ada buat blog baru, dan anda masih lagi newbie seperti admin hehe, jangan lupa perkara penting yang perlu anda buat untuk disenaraikan di dalam enjin carian seperti google dan yahoo, salah satu langkahnya adalah submit blog/website anda kepada enjin carian google dan yahoo. Enjin pencarian ini amat popular! Apabila anda telah submit, enjin carian ini akan crawl website anda untuk di-indeks.. Sila ke link ini untuk submit ke google dan Yahoo!:

http://submit.search.yahoo.com/free/request

http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl

Sebenarnya ada banyak lagi enjin pencarian yang boleh disubmit tapi lain posting la saya cite.

Selamat mencuba Jangan malu2 la beri komen anda di bawah!

Friday, July 9, 2010

Backlink: Blog dari PR2 hingga PR9


Tahukah anda salah satu cara untuk mendapatkan backlik dan trafik yang berkesan adalah dengan submit blog anda ke blog direktori yang mempunyai PR yang tinggi. Google memang berminat dengan website yang mempunyai PR yang tinggi dan akan mengindeksnya setiap masa. Jika blog anda disenaraikan di dalam blog directori, secara tidak langsung url blog anda juga akan diindeks oleh Pakcik Google. Berikut Saya Senaraikan list-list blog direktori yang mempunyai PR yang tinggi

PR9 Blog Directories
http://www.bloglines.com/ PR9

PR8 Blog Directories
http://boingboing.net/ PR8
http://www.technorati.com/ PR8

PR7 Blog Directories
http://blogcritics.org/ PR7
http://www.globeofblogs.com/ PR7
http://blogcatalog.com/ PR7

PR6 Blog Directories
http://www.weblogalot.com/ PR6
http://blogdex.net/ PR6
http://www.bloggernity.com/ PR6
http://www.blogstreet.com/ PR6
http://www.blogmatrix.com/ PR6
http://www.pubsub.com/ PR6
http://portal.eatonweb.com/ PR6
http://www.blogdigger.com/ PR6
http://www.bloghub.com/ PR6

PR5 Blog Directories
http://www.syndic8.com/ PR5

PR4 Blog Directories

http://www.blogrankings.com/ PR4
http://www.lsblogs.com/ PR4
http://www.2rss.com/ PR4
http://www.blogsearchengine.com/ PR4
http://www.blogflux.com/ PR4
http://www.bloghints.com/ PR4

PR3 Blog Directories

http://www.bloguniverse.com/ PR3

PR2 Blog Directories
http://www.yourwebloghere.com/ PR2

**Maklumat di atas dipetik dari blog http://rezqi.com/

Selamat Mencuba!

Paul sotong bola : Kebetulan je!



Ramai peminat Jerman marah dengan sotong nie, dek kerana membuat ramalan Jerman kalah. Jerman ni team yg bagus sebenarnya, tapi ntah camne, bila lawan Spain ni, dia orang main macam mana Argentina lawan diaorang.. ! macam budak2 lak! Spain betul2 kawal game smalam.. dan boleh kata kebanyakan masa, bola berada di kawalan kaki pemain spain saja.. ! Apa dah jadi? tiba-tiba kecut telur eh?

Walau apa ramalan yang dibuat oleh paul 2 tak patut kita percaya itu hanyalah kebetulan saja. Jangan percaya!! rosak akidah nanti.

Sekrang mari kita tunggu final! samada Belanda @ Spain Juara 2010. Belanda kot juara hehehe...

Wednesday, July 7, 2010

Cara Senang Apply Wowzio!

Salam. Hari ni saya nak bagi tips yang agak berguna juga lah. Siapa yang kat sini pernah request nak guna widget wowzio ni tapi tak pernah dapat terima email dari diorang.

Nak kata diorang sibuk, benda ni dah lama beroperasi. Jadi saya ada rahsia nak bagi anda senang je terus boleh guna widget ni. Rasanya berkesan kot sebab saya dah register. Lepas tu nak letak kat blog lain mesti kena apply yang baru. Tapi yang cara ni tak payah.

Apa yang saya perhatikan, anda boleh lulus apply widget ni dengan mudah. Macam mana cara dia.

masuk site dia: Wowzio tambah widgets/builderinvitation kat belakang url tu.

Tip dari http://www.mohdhakim.com aku dah praktikkannya memang jadi selamat mencuba

Monday, July 5, 2010

Free Backlinks Do Follow



Kalau anda mahu tukar link dengan oh belog sila letakkan link blog ini dalam belog korang dan sila tinggalkan komen di bawah. Tq.


  1. Hujanbatu.com
  2. adibey.blogspot.com
  3. zulseffort.com
  4. blog-adie.com
  5. Stargone
  6. apieceofaword.blogspot.com
  7. LanunSepet
  8. Oh Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...