Thursday, September 23, 2010

Apple iPhone 4 di Malaysia!

Akhirnya Apple iPhone 4 akan dilancarkan pada malam ni di The Gardens MidValley. Bagi peminat Apple iPhone 4, gadget ni boleh dibeli dari mana2 cawangan Maxis dan Digi. iPhone 4 kali ni akan ada 2 warna pilihan, putih dan hitam. Recommended retail price ialah RM2,690 untuk 32GB dan RM2,290 untuk 16GB. Kalau nak beli lagi murah, kenalah subscribe pada pelan panggilan dari Maxis dan Digi.

Apa yang best sgt tentang Apple iPhone 4 ni ialah ada upgrade pada features phone ni berbanding dgn iPhone 3GS. Antara upgrade yang paling obvious adalah:

1) iPhone 4 ni boleh buat video call
2) Ada HD video recording
3) Skrin resolution yg mantap (iPhone panggil benda ni sebagai retina display)
4) 5 megapixel kamera

Sebenarnya kat luar sana ada banyak lagi handphone touchscreen macam Samsung Omnia II, HTC Touch Pro 2, Blackberry Storm 2 tapi kebanyakannya adalah Windows based. Tapi apa yang best pasal iPhone ni sebab touchscreen dia sangat responsive. Dia takkan tersangkut2 bila kita navigate pakai jari. Sebab tu ramai yg tak suka touchscreen phone kalau x responsive sebab susah nak navigate.

Kalau mengikut website Maxis , iPhone 4 ni boleh mula dibeli pada 26 September 2010 di cawangan Maxis Centre KLCC, Pavillion, The Gardens, TTDI dan Sunway Pyramid. Cawangan lain akan mula jual iPhone 4 pada 27 September.

Bagi yang berminat nak beli, boleh subscribe mana-mana pelan panggilan postpaid Maxis selama 1 atau 2 tahun. Pelan termurah start dari RM100 sebulan dan harga iPhone 4 32GB ialah RM1,990 (kontrak 1 tahun) dan iPhone 16GB ialah RM1,690 (kontrak 2 tahun). Biasanya bila dah subscribe ni, harga iPhone ni akan jadi murah skit. Untuk complete price info, boleh refer gambar kat bawah (Sumber: Maxis)

Selain Maxis, Digi pon ada pakej untuk iPhone 4 ni. Tapi macam biasalah, kalau nak murah skit kenalah subscribe pelan panggilan Digi.

Untuk harga, boleh refer jadual kat bawah (Sumber: Digi)

Rasa-rasa macam dah tertarik sbb iPhone ni ada semua features yang dicari selama ni. Kalau dia boleh install Garmin Mobile XT lagilah cantek. Cuma rasanya iPhone ni tak boleh nak install Garmin Mobile GPS. Kalau tak mmg dah complete sbb map Garmin ni agak detail untuk Malaysia.

Sumber: www.klurbanite.com

1 comments:

To mine excellent phone, and all defects will be corrected in iPhone OS 4: folders, there are more than possibilities in appendices, fast transition from one appendix in another etc. I think that in iPhone 4G all lacks will be eliminated and all will grow fond iPhone even more.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...