Monday, November 7, 2011

Ultrabook pertama Acer






KOMPUTER tablet dan telefon pintar bagaikan sudah menjadi salah satu peranti mesti dimiliki dalam kehidupan pengguna hari ini. Ia bagaikan tidak lekang daripada pandangan mereka sama ada untuk berkomunikasi ataupun melayari internet apabila berada di mana-mana sahaja.
Sungguhpun begitu, komputer riba masih menjadi pilihan pengguna apabila memerlukan peranti yang mempunyai kapasiti penstoran lebih besar.
Ia amat penting untuk melaksanakan tugasan mereka dengan lebih lancar dan pantas apatah lagi, apabila tidak berada di pejabat.
Dalam memberi pilihan kepada pengguna, Acer Sales & Services Sdn. Bhd. memperkenalkan ultrabook pertama Acer iaitu Aspire S3.
Model terbaharu itu, menggabungkan kuasa dan produktiviti sebuah komputer buku dengan ciri-ciri penting telefon pintar serta komputer tablet untuk memberi kepuasan kepada pengguna.
Reka bentuk aerodinamik ultra nipis yang menampilkan kerangka aluminium dan aloi magnesium menjadikan peranti terbaharu ini amat ringan.
Dengan hanya seberat 1.35 kilogram (kg) dan ketebalan 1.3 sentimeter (sm), ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja tanpa perlu berfikir panjang.
Di samping itu, ultrabook tersebut turut didatangkan bersama pelindung kemasan logam untuk memastikan tiada kesan cap jari ditinggalkan pada permukaan licin kerangka peranti tersebut.

Aspire S3 turut menampilkan dua inovasi baharu iaitu Acer Green Instant On dan Acer Instant Connect dalam menawarkan penggunaan komputer dengan lebih pantas, jimat tenaga serta efisien.
Dengan dua mod Sleep dan Deep Sleep ditawarkan pada teknologi Acer Green Instant On, ultrabook terbaharu berkenaan dapat memastikan ketahanan bateri dengan lebih lama agar pengguna tidak kecewa kehabisan bateri apabila menggunakan peranti tersebut.
Acer Instant Connect pula membolehkan pengguna untuk mengakses internet dalam masa hanya 2.5 saat, empat kali lebih laju berbanding menggunakan sambungan internet konvensional.
Ia sekali gus dapat memastikan pengguna mengakses dengan lebih cepat dan produktif apabila menikmati keseronokan berhibur di alam maya.
Bagi mereka yang sentiasa mencari hiburan melalui internet, Aspire S3 dilengkapi Dolby Home Theater v4 memberikan bunyi keliling bertenaga dan meningkatkan kualiti suara untuk pengalaman mendengar pada tahap optimum.
Acer Aspire S3 ditawarkan pada harga RM2,599 di semua penjual sah utama Acer di seluruh
Sumber: Kosmo

Makin canggih sekarang ni.Ini mungkin pesaing dengan tablet? anda rasa camne?

Sunday, September 18, 2011

Sakit kepala teruk

Foto

SAKIT... kerap sakit kepala antara simptom awal barah otak

PERNAHKAH anda berasa sakit kepala, pandangan kabur, muntah-muntah dan sering lupa? Jika ya anda harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia mungkin antara gejala awal barah otak.
Barah otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  
Menurut Perunding Pakar Bedah Otak Stereotaktik Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic, Dr Chee Chee Pin, terdapat dua jenis barah yang diklasifikasikan sebagai Tumor Benigna dan Tumor Malignan.

“Selain itu, terdapat juga dua kategori barah otak iaitu Tumor Otak Primer (berasal atau tumbuh dari otak) serta Tumor Otak Sekunder (ia berasal atau merebak dari bahagian badan seperti buah pinggang, payudara dan kulit).

“Seperti yang dinyatakan di atas, tumor benigna tumbuh secara perlahan-lahan dan tidak merebak di bahagian dalam badan. Jika tumor ini berjaya dibuang ia tidak akan menimbulkan masalah,” katanya sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pun begitu jika barah itu terletak berdekatan struktur otak penting, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan serius kerana ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi serta mengancam nyawa.

“Bagi tumor Malignan pula, sel ketumbuhan ini berkemampuan merebak ke bahagian badan lain dan menyerang dengan pantas. Bagaimanapun tumor otak malignan jarang merebak keluar dari sistem saraf pusat.

“Berlainan dengan tumor otak Primer bermula dan terbentuk dalam otak. Ia mungkin tumbuh dan terbentuk di kawasan kecil atau merebak di kawasan berdekatan,” katanya.

Tumor secara langsung boleh memusnahkan sel otak dan secara tidak langsung memusnahkan sel-sel apabila berlaku keradangan, mampatan akibat ketumbuhan tumor, bengkak dan peningkatan tekanan dalam otak (tekanan intrakranium).



Apakah penyebab barah otak?


Sehingga kini penyebab kanser otak masih belum ditemui namun pengkaji masih mencari jawapan kepada masalah ini.

Antara faktor utama ditemui adalah genetik, keturunan, persekitaran dan bahan kimia.



Apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko barah otak?


Tidak terdapat faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit yang menghidap barah otak. Kajian dijalankan mendapati sesetengah jenis barah otak lebih kerap berlaku kepada pekerja kilang penapis minyak, industri pembuatan bahan getah dan dadah selain ahli kimia.



Bagaimana insiden penyakit ini?


Barah otak boleh berlaku pada semua lapisan umur, namun kajian menunjukkan terdapat dua kumpulan umur lebih biasa mengalaminya iaitu kanak-kanak (tiga hingga 12 tahun) serta golongan dewasa (40 hingga 70 tahun).



Apakah gejala barah otak?



  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.




  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah




  • Pandangan kabur




  • Sering lupa




  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)




  • Gangguan percakapan




  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan




  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti




  • Kerap diserang sakit kepala


    Gejala di kalangan kanak-kanak




  • Loya dan muntah




  • Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda atau juling




  • Gangguan makanan




  • Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok




  • Perubahan pada gaya berjalan seperti terhincut




  • Kesukaran berjalan




  • Letih dan lemah badan




  • Peningkatan berat badan




  • Perubahan pada endokrin


    Apakah jenis barah otak?




  • Supra tentoria (bahagian atas otak)




  • Infra tentoria (bahagian bawah otak)


    Kanser pada bahagian atas otak ialah:




  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)




  • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)




  • Kanser kelenjar pinea


    Kanser pada bahagian bawah otak ialah:




  • Infra tentorial




  • Medulloblastoma (belakang otak)




  • Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)




  • Brain stem glioma (pangkal otak)




  • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia. Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus jenis yang paling kerap berlaku.



    Apakah rawatan yang dijalankan bagi mengesan barah otak?


    Biasanya doktor akan membuat diagnosis melalui pemeriksaan neurologi termasuk ujian mental, pemeriksaan mata, ujian pendengaran, kuasa dan pemeriksaan saraf kranial dan lain-lain. Selain itu doktor akan melakukan pemeriksaan menggunakan alat pengimbas tomografi berkomputer iaitu sejenis alat sinar-X menggunakan komputer untuk memaparkan struktur otak terperinci.




  • Biopsi- kaedah ini dilakukan bagi mengesahkan kewujudan tumor otak disamping menentukan jenis histologi tumor.




  • Pengimbas Pet (Positron Emission Tomography)- alat ini menggunakan bahan gula yang dirawat menggunakan bahan radioaktif deoksiglukosa. Bahan ini akan disuntik dalam vena dan proses pengimbasan dilakukan.



    Rawatan


    Rawatan am dan spesifik dilakukan untuk menyembuhkan pesakit dilaksanakan oleh doktor pakar. Ada barah yang boleh dirawat 100 peratus dan ada yang tidak dapat dirawat tanpa kombinasi cara rawatan iaitu - pembedahan, radioterapi dan kimoterapi.

    Tugas pakar bedah otak ialah membuang barah, jika boleh sehingga 100 peratus tetapi ada jenis barah yang tidak dapat dibuang keseluruhannya walaupun di tangan pakar bedah yang cekap di dunia.

    Jika barah berlaku di kawasan otak, pembedahan mungkin membawa risiko tinggi. Oleh itu, rawatan radioterapi atau kimoterapi dipilih selepas biopsi dilakukan iaitu mengambil ‘daging’ barah yang berukuran 2 milimeter atau lebih untuk siasatan patalogi.

    Ada sesetengah barah dirawat dengan keadaan embolisasi mengecutkan barah itu. Radioterapi memberi rawatan berbeza daripada kaedah kecil hinggalah ke kaedah besar.

    Cara baru rawatan barah otak yang masih kecil adalah melalui kaedah radiosurgeri iaitu menggunakan akselerator linear, cobalt gamma knife atau kaedah brachiterapi.

    Kimoterapi iaitu menggunakan ubat-ubat yang kuat dapat memberhentikan proses pertumbuhan barah kini menjadi terapi yang mendapat perhatian dunia.

    Desas-desus yang mengatakan penggunaan telefon selular sebagai salah satu punca barah otak adalah tidak benar sama sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan ia tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat. 




  • Sumber : Harian Metro

    Tuesday, August 16, 2011

    Pintu Sakaratul Maut (2011) SDTVRip Astro Prima MKV [Mediafire]


    Pintu Sakaratul Maut (2011) SDTVRip Astro Prima MKV Mediafire

    Plot
    Mengisahkan seorang abang yang diberikan amanah dalam pembahagian harta pusaka namun dia tidak menunaikan amanahnya.

    Pelakon
    Razak Ahmad, Arash Mohd, Sharifah Shahora, Rozie Othman, Syed Ali dan ramai lagi

    Screenshot



    Download

    MKV (585mb) : Part1 | Part2 | Part3

    Saturday, March 26, 2011

    Terokai dunia digital EOS 1100D



    DUNIA pengimejan digital tidak lagi dipelopori golongan profesional sahaja tetapi, mula mendapat tempat daripada penggemar fotografi amatur.

    Penggemar fotografi amatur bukan sahaja menggunakan kamera kompak digital malah, mula berkarya dengan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk mendapat kepuasan dalam merakam foto.

    Bagaimanapun, tidak semua penggemar fotografi amatur mempunyai kemampuan memiliki kamera DSLR berkualiti dan terkini di pasaran kerana kekangan harga yang agak tinggi.

    Menyedari segmen DSLR mempunyai peminat tersendiri, syarikat gergasi pengimejan antarabangsa Canon memperkenalkan model terbaru EOS 1100D yang mampu dimiliki penggemar fotografi amatur.

    Kamera DSLR terbaru itu didatangkan dengan pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel turut dilengkapi teknologi pemproses DIGIC 4 yang mampu memberi rakaman berkualiti.

    Dengan hanya mempunyai berat 495 gram (g), EOS 1100D dapat memberi kebebasan kepada pengguna dalam merakam hasil karya mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

    Model EOS 1100D juga mempunyai kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400 untu memberi rakaman terbaik kepada pengguna.

    Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan butang kawalan mudah dikendalikan terutamanya bagi penggemar fotografi amatur yang baru berkecimpung dalam bidang fotografi.

    Bagi yang gemar membuat eksperimentasi terhadap hasil karya, terdapat mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off ditawarkan kepada mereka.

    Ciri-ciri menarik lain yang dapat menzahirkan kreativiti penggemar fotografi amatur termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome dan banyak lagi.

    Berbeza dengan model terdahulu, EOS 1000D, kamera terbaru ini berupaya merakam video definisi tinggi (HD) sekali gus, memberi kelebihan kepada pengguna terutama mereka yang ingin berjinak-jinak menjadi pembikin filem.

    EOS 1100D didatangkan dengan empat warna pilihan kini boleh diperoleh pada harga pasaran RM1,999. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.canon.com.my.

    DUNIA pengimejan digital tidak lagi dipelopori golongan profesional sahaja tetapi, mula mendapat tempat daripada penggemar fotografi amatur.

    Penggemar fotografi amatur bukan sahaja menggunakan kamera kompak digital malah, mula berkarya dengan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk mendapat kepuasan dalam merakam foto.

    Bagaimanapun, tidak semua penggemar fotografi amatur mempunyai kemampuan memiliki kamera DSLR berkualiti dan terkini di pasaran kerana kekangan harga yang agak tinggi.

    Menyedari segmen DSLR mempunyai peminat tersendiri, syarikat gergasi pengimejan antarabangsa Canon memperkenalkan model terbaru EOS 1100D yang mampu dimiliki penggemar fotografi amatur.

    Kamera DSLR terbaru itu didatangkan dengan pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel turut dilengkapi teknologi pemproses DIGIC 4 yang mampu memberi rakaman berkualiti.

    Dengan hanya mempunyai berat 495 gram (g), EOS 1100D dapat memberi kebebasan kepada pengguna dalam merakam hasil karya mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

    Model EOS 1100D juga mempunyai kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400 untu memberi rakaman terbaik kepada pengguna.

    Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan butang kawalan mudah dikendalikan terutamanya bagi penggemar fotografi amatur yang baru berkecimpung dalam bidang fotografi.

    Bagi yang gemar membuat eksperimentasi terhadap hasil karya, terdapat mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off ditawarkan kepada mereka.

    Ciri-ciri menarik lain yang dapat menzahirkan kreativiti penggemar fotografi amatur termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome dan banyak lagi.

    Berbeza dengan model terdahulu, EOS 1000D, kamera terbaru ini berupaya merakam video definisi tinggi (HD) sekali gus, memberi kelebihan kepada pengguna terutama mereka yang ingin berjinak-jinak menjadi pembikin filem.

    EOS 1100D didatangkan dengan empat warna pilihan kini boleh diperoleh pada harga pasaran RM1,999. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.canon.com.my.


    SUmber : kosmo

    Monday, January 31, 2011

    Siri XZ pertama Olympus


    KAMERA kompak XZ-1 dilengkapi dengan lensa i-ZUIKO Digital yang pertama kali digunakan
    pada kamera kompak digital Olympus.

    Keupayaan sesebuah kamera kompak digital yang dapat memberikan imej pegun berkualiti menyamai kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) tentu sekali akan mendapat perhatian daripada penggemar fotografi.

    Bahkan, model kamera kompak digital yang mudah dikendalikan dan dibawa ke mana-mana sahaja dengan ciri-ciri kreatif sudah pasti menjadikan pilihan peranti teknologi pengimejan masa kini.

    Baru-baru ini, Olympus memperkenalkan kamera kompak digital terbaru XZ-1 yang menggunakan lensa i-ZUIKO Digital F1.8-2.5 . Ia berupaya memberi kualiti pengimejan umpama DSLR dalam memberi kepuasan kepada pengguna.

    Dengan menggunakan lensa i-ZUIKO Digital, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya imej pegun yang dirakam menjadi kabur apabila tidak menggunakan flash ketika berada di kawasan tertutup.

    Ia juga menawarkan kadar zum hingga empat kali ganda daripada 28 milimeter (mm) sehinggalah 112 mm dengan menggunakan lensa i-ZUIKO Digital yang pertama kali digunakan pada kamera kompak digital Olympus.

    Sebelum ini, lensa i-ZUIKO Digital hanya digunakan pada DSLR Olympus.

    Penggemar fotografi juga dapat menentukan ISO, kelajuan pengatup, nisbah garis pusat kanta dan banyak lagi di hujung jari sahaja, hanya dengan menggunakan cincin kawalan di lensa terbaru itu.

    Model XZ-1 yang dilengkapi pemproses imej TruePicV turut menawarkan imej pegun lebih berkualiti apabila memaksimumkan penggunaan lensa resolusi tinggi dan pengesan peranti terganding cas (CCD) 10 megapiksel.


    IMEJ yang dihasilkan XZ-1 menyamai kamera DSLR.

    Bagi memberi peluang penggemar fotografi rasai pengalaman seperti jurufoto profesional kamera kompak digital terbaru yang menggunakan paparan OLED itu boleh digunakan secara manual dan automatik mengikut keselesaan pengguna.

    Kamera kompak digital itu dapat menyerlahkan kreativiti pengguna apabila dilengkapi pelbagai Art Filter seperti seni pop (pop art), filem berbintik (grainy film), pin hole, diorama, tona dramatik dan fokus lembut.

    Lebih menarik kesemua Art Filter itu boleh digunakan apabila merakam video dalam bentuk definisi tinggi (HD).

    Model kamera kompak digital XZ-1 itu boleh dimiliki pada harga RM1,799 dan keterangan lanjut mengenai peranti itu boleh melayari laman web www.olympus.com.my.

    Sumber : Kosmo

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...