Monday, April 16, 2012

Proton Prevé launched: RM60k – RM73k!

Semalam  proton telah melancarkan model baru, Proton Preve' memeng gempak!!. Ini sedikit info akju dapat dari paultan.org



P3-21AWajaPersona
Length4,543mm4,470mm4,477mm
Width1,785mm1,740mm1,725mm
Height1,524mm1,420mm1,438mm
Wheelbase2,650mm2,600mm2,600mm
Front Track1,542m1,475mm1,475mm
Rear Track1,542mm1,470mm1,470mm
Luggage506L408L430L
Kerb Weight1,340kg1,235kg1,245kg

P3-21AInspiraAltis2012 CivicJettaForte2012 Elantra
Length4,5434,5704,5404,5254,6444,5304,530
Width1,7851,7601,7601,7551,7781,7751,775
Height1,5241,4901,4651,4351,4821,4601,445
Wheelbase2,6502,6352,6002,6702,6512,6502,700
Luggage506475464510495485
Weight1,3401,3351,3151,2951,4171,3591,269





  • The Prevé 1.6 Premium CFE: RM72,990 (metallic) and RM72,540 (solid)
  • The Prevé 1.6 Premium IAFM+: RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid)
  • The Prevé 1.6 MT Executive: RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid)
Proton Prevé Official TVC: English
Proton Prevé Official TVC: Bahasa Melayu

Saturday, April 14, 2012

Apple perkenal iPad baharu


iPAD ini boleh menerima capaian kelajuan data 4G jadi Internet boleh diakses dengan kelajuan tinggi.

TIADA yang lebih menggembirakan penggemar gajet keluaran Apple Inc. apabila mendengar pengumuman pelancaran iPad terbaharu syarikat dipelopori bapa gajet unik – Steve Jobs itu.
Sama seperti spekulasi tentang iPhone 5 pada tahun lalu, spekulasi mengenai kemunculan iPad 3 yang akan menggantikan iPad 2 juga meleset.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna peminat jenama itu bakal dikecewakan. iPad terkini yang hanya dikenali sebagai The New iPad didatangkan dengan pelbagai ciri terkini memukau hampir sesiapa sahaja mengikuti perkembangan dunia digital.
Pada pandangan penulis, iPad terbaharu ini tetap layak diberikan jolokan iPad 3 memandangkan ia merupakan generasi ketiga iPad yang pernah dihasilkan.
Ciri-ciri utama dipertingkatkan pada iPad terbaharu ini ialah paparan retina. Secara perbandingan, paparan pada iPad ini jauh lebih jelas daripada iPad 2.
Baik gambar mahupun teks pada buku elektronik (e-book), ia mampu membuatkan pengguna teruja dan berasa puas. Paparan imej atau teks kelihatan sangat jelas dan tidak pecah walaupun dibesarkan.
Pemproses
Kualiti yang dihasilkan iPad terbaharu ini adalah disebabkan cip pemproses A5X yang digandingkan dengan pemproses grafik. Ia ditambah dengan skrin dengan resolusi 3.1 juta piksel iaitu empat kali ganda piksel berbanding iPad 2.
Ciri-ciri ini bukan sahaja akan memberikan suatu pengalaman baharu kepada pengguna, tetapi bakal merangsang lebih ramai pembangun aplikasi permainan untuk menghasilkan permainan lebih menarik dan hebat.
Satu lagi penambahbaikan yang diperkenalkan ialah kamera binaan dalamnya. Dikuasakan resolusi 5 megapiksel, kamera iSight dengan ciri pengesan wajah pada iPad ini tentunya dapat merakam imej lebih jelas berbanding iPad 2 yang didatangkan dengan kamera 720 piksel.
iPad terbaharu ini juga mampu merakam video definisi tinggi (HD) 1080p yang setanding kamera video HD lain.
PAPARAN imej atau teks pada skrin The New iPad kelihatan sangat jelas dan tidak pecah walaupun dibesarkan.

Dari sudut capaian Internet pula, iPad ini melangkaui kemampuan ‘abangnya’ dengan menyokong kelajuan data 4G, berbanding iPad 2 yang hanya menyokong capaian 3G.
Ia sekali gus membolehkan Internet diakses dengan kelajuan tinggi hampir dari mana-mana sahaja yang mempunyai liputan 4G.
Bagaimanapun, capaian WiFi masih dikekalkan dengan piawaian 802.11 a/b/g/n sama seperti keluaran sebelumnya.
Arahan suara juga merupakan satu lagi ciri penambahbaikan diperkenalkan iPad generasi ketiga ini. Ia mungkin tidak sehebat siri pada iPhone 4S tetapi sudah cukup untuk membolehkan pengguna menulis e-mel, menghantar pesanan ringkas, mencatit nota ringkas atau membuat carian Internet – semuanya dengan hanya menggunakan suara.
Ia juga boleh diintegrasikan dengan aplikasi lain yang membolehkan anda mengemaskini status laman sosial seperti Facebook atau Twitter dengan hanya ‘bercakap’ pada peranti ini.
Ternyata, usaha berterusan Apple di dalam mempelopori dunia digital membuahkan hasil menerusi produk-produk mereka yang berjaya menawan jutaan hati pengguna di dunia.
Daripada perspektif pengguna, mereka mungkin perlu bertanya kepada diri sendiri dahulu – adakah kesemua ciri yang ditawarkan akan digunakan sepenuhnya?
Jika jawapannya tidak dan keinginan untuk memilikinya hanya kerana perasaan membuak-buak untuk menjadi seorang yang sentiasa memiliki gajet terkini, mungkin ia hanya membawa ke arah pembaziran.
Ia hanya bersifat sementara kerana teknologi berubah hampir setiap hari.

Sumber: Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...