Saturday, September 14, 2013

Nokia Memperkenalkan Potongan 16% Harga Untuk Lumia 925 Dan 625 Bersempena Hari Malaysia

Bersempena dengan hari Malaysia, kini pihak Nokia Malaysia mengumumkan promosi khas untuk mereka yang ingin mendapatkan telefon pintar Windows Phone 8 daripada Nokia, iaitu untuk Lumia 925 dan Lumia 625 yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.
Untuk promosi yang diadakan dari 13 September hingga 16 September ini, pihak Nokia kini menawarkan Lumia 925 pada harga RM1344, sementara Lumia 625 pula pada harga RM789.
Menurut Nokia, tawaran ini boleh didapati pada lebih 17 Nokia Stores seluruh negara.
Selain kedua-dua peranti ini, Nokia Malaysia juga turut sama akan melancarkan Lumia 1020 untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...